Banjir Gugusan Manjoi: Jabatan Amal, Khidmat Malaysia bantu mangsa
Banjir Gugusan Manjoi: Jabatan Amal, Khidmat Malaysia bantu mangsa
IPOH, 18 Feb β Banjir yang agak teruk menimpa kawasan Gugusan Manjoi di sini menyebabkan banyak rumah mengalami kerosakan dan terjejas teruk, sekali gus menjejaskan kehidupan penduduk setempat.
Bagaimanapun, anggota Jabatan Amal Malaysia dan Khidmat Malaysia segera turun padang menyantuni mangsa dengan membantu kerja-kerja mencuci rumah serta membersihkan kawasan yang dilanda banjir.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manjoi, Hafiz Sabri bersama PAS Kawasan Tambun turut memainkan peranan penting dalam menyelaras gerak kerja bantuan di lapangan bagi memastikan urusan berjalan lancar.
Menurutnya, keadaan cuaca yang kembali panas hari ini sedikit sebanyak memudahkan mangsa untuk mengemas dan membersihkan rumah masing-masing selepas air mulai surut.
Selain itu, agensi-agensi kerajaan juga dilaporkan cukup responsif dalam menyalurkan bantuan kepada mangsa yang terjejas.

Dalam lawatan tersebut, beliau turut meninjau kawasan terlibat dan singgah di Bilik Gerakan Banjir ADUN Manjoi bagi menerima penerangan lanjut mengenai situasi semasa daripada YB Ustaz Hafiz.
Beliau berharap agar semua mangsa terus diberi kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini.
βSemoga Allah SWT permudahkan segala urusan dan mengurniakan ketabahan kepada semua mangsa yang terlibat,β katanya.