KelantanNegeri

BNI Kelantan platform strategik himpun usahawan peringkat antarabangsa

Oleh: Syamimi Manah
Kredit foto: Unit Media Menteri Besar

KOTA BHARU, 8 Februari – Business Network International (BNI) Kelantan menjadi platform strategik apabila lebih 300 usahawan dari seluruh negara dan antarabangsa berhimpun sempena Minggu Jaringan Usahawan Antarabangsa (NWI) 2026.

Majlis perasmian program tersebut disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Kelantan Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Mohd Nassuruddin Daud di sebuah hotel di sini, pada Sabtu.
Beliau menyifatkan penganjuran program bertaraf antarabangsa itu sebagai peluang penting untuk membina jaringan perniagaan, berkongsi ilmu serta meneroka pasaran baharu.

“Program ini merupakan platform berprestij yang menghimpunkan lebih 300 usahawan BNI dari seluruh negara termasuk peserta antarabangsa.

“Penganjuran sebegini memberi ruang kepada usahawan untuk berkolaborasi dan mengukuhkan jaringan perniagaan mereka,” katanya.

Sumber: inforakyat.kelantan.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️