WAHAI YB MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN, INI BUKAN ISU TAKUT KAJIAN
KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA
5 FEBRUARI 2026 | 17 SYAABAN 1447 H
WAHAI YB MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN, INI BUKAN ISU TAKUT KAJIAN
- Dewan Pemuda PAS Malaysia memandang serius cadangan pelaksanaan Pilihan Raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang kini cuba dijenamakan semula sebagai Pilihan Raya Datuk Bandar.
- Kenyataan sinikal YB Menteri Wilayah Persekutuan yang bersandarkan kepada alasan βkajian kebolehlaksanaanβ adalah satu cubaan mengaburi isu sebenar. Tegas kami nyatakan, isu pokoknya bukan soal takut atau enggan kepada kajian, tetapi persoalan asas: apakah keperluan sebenar kajian ini, sedangkan sejak awal lagi Pilihan Raya PBT merupakan cadangan yang tidak wajar dan tidak sesuai dilaksanakan dalam konteks Malaysia.
- Menteri tidak seharusnya berselindung di sebalik istilah βkajianβ untuk menghalalkan agenda politik yang hala tuju dan niatnya sudah jelas. Realitinya, kajian ini hanyalah pintu masuk bagi menghidupkan semula agenda Pilihan Raya PBT yang telah lama ditolak rakyat demi menjaga kestabilan dan keharmonian masyarakat majmuk.
- Hakikatnya, negara ini tidak memerlukan pilihan raya di peringkat Kerajaan Tempatan. Sistem sedia ada melalui Pilihan Raya Parlimen dan Dewan Undangan Negeri sudah memadai untuk mewakili suara rakyat serta memastikan prinsip kebertanggungjawaban kerajaan kepada rakyat terus terpelihara.
- Sehubungan itu, Dewan Pemuda PAS Malaysia menegaskan pendirian tegas kami untuk menolak Pilihan Raya PBT dalam apa jua bentuk, versi, penjenamaan atau justifikasi sekalipun.
- Nasihat kami kepada Menteri DAP, jangan sesekali mempertaruhkan kestabilan dan keharmonian negara demi memenuhi agenda politik kalian. Jika amaran ini dipandang ringan, jangan terkejut apabila berdepan dengan kebangkitan dan kemarahan rakyat Malaysia.
YB Ustaz Mohd Hafez Bin Sabri
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manjoi
#TerusMemimpin #PemudaPAS
https://www.facebook.com/share/p/1DahpsGCgH