KelantanNegeri

Mangsa kebakaran rumah terima bantuan segera kerajaan negeri

Oleh: Asri Hamat
Kredit foto: Unit Media Exco

KOTA DARULNAIM, 5 Januari – Kerajaan Negeri Kelantan menzahirkan keprihatinan terhadap nasib mangsa kebakaran rumah Mohd Sabri Deraman, 41, dan isteri Azwani Awang, 37, serta empat anaknya di kampung Banggol Ketereh, Tanah Merah apabila sebuah rumah yang disewanya musnah sepenuhnya dalam kebakaran pada petang Sabtu.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Kemahang yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan YB Mejar (B) Dato’ Md Anizam Ab Rahman melawat kediaman mangsa bagi menyampaikan sumbangan segera daripada Tabung Serambi Mekah Negeri Kelantan sebagai tanda sokongan moral dan bantuan awal kepada keluarga terlibat.

Menurutnya, kejadian itu amat menyentuh perasaan apabila rumah berkenaan dilaporkan hangus dijilat api dalam tempoh kira-kira 12 minit sahaja.

Sumber: inforakyat.kelantan.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

πŸ“± πŸ“˜ 🐦 ✈️