Pembangunan insan asas pembinaan negara dan tamadun – Habib Ali Zainal Abidin
Oleh: Asri Hamat
KOTA BHARU, 1 Januari – Pembangunan sesebuah negara dan tamadun tidak boleh dipisahkan daripada pembangunan insan, kerana nilai dan kualiti manusia menjadi teras kepada segala bentuk kemajuan, kata Pengerusi Yayasan ar-Riayah Habib Ali Zainal Abidin.
Menurutnya, sebelum sesuatu bangsa mengejar kemajuan material, teknologi atau ekonomi, pembangunan insan perlu diberi keutamaan. Hal ini kerana insan merupakan penggerak utama yang menentukan hala tuju sesebuah tamadun.
βTeknologi yang canggih sekalipun, jika berada di tangan insan yang rosak, akan digunakan untuk menipu dan menindas orang lain. Begitu juga ilmu kedoktoran, jika dimiliki oleh insan yang tidak beriman, berkemungkinan digunakan semata-mata untuk keuntungan kebendaan tanpa rasa tanggungjawab terhadap kesihatan dan kesejahteraan manusia.”
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah khas sempena Majlis Sambutan Ambang Tahun Baharu 2026: Anak Muda Kelantan Berselawat di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV, di sini, malam tadi.
Sumber: inforakyat.kelantan.my