Kelantan atasi isu transit pelancong, 52 program dirancang bagi tahun 2026
Oleh: Syamimi Manah
KOTA BHARU, 1 Januari – Kerajaan Negeri Kelantan mengambil langkah proaktif untuk mengatasi persepsi pelancong yang menjadikan negeri ini sebagai hanya persinggahan atau transit ke destinasi lain, khususnya Pulau Perhentian.
Menurut Exco Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan YB Datuk Kamarudin Md Nor, kerajaan negeri merancang 52 program pelancongan bagi tahun 2026, meningkat daripada 41 program pada 2025 demi memastikan pengunjung menginap lebih lama dan menikmati pelbagai tarikan di Kota Bharu serta kawasan sekitarnya.
“Bagi perancangan program pelancongan tahun ini, ia adalah lebih banyak daripada tahun sebelumnya, melibatkan tarikan makanan, kebudayaan, ekopelancongan dan pelbagai lagi,” katanya dalam sidang media di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), hari ini.
Antara strategi utama adalah menjemput pemain industri pelancongan dari luar negara sebagai tetamu negeri untuk mengalami sendiri tarikan di Kelantan.
Sumber: inforakyat.kelantan.my