Berita

10 lagi keluarga terima bantuan ‘Bakul Prihatin’ di Sekinchan – PAS Kawasan Sungai Besar

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Sungai Besar

Oleh : Umar Al-Hayawi

Sungai Besar, 18 Ogos – PAS Kawasan Sungai Besar turun sekali lagi melaksanakan tanggungjawab mereka menyampaikan 10 lagi sumbangan ‘Bakul Prihatin’ kepada penduduk sekitar pekan Sekinchan.

Dalam keadaan politik semasa tidak menentu dan cuaca kerap hujan disebelah petang, Setiausaha PAS Kawasan, En Zulkifli Bin Ibrahim tetap turun menyampaikan sumbangan yang diterima daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Walaupun ianya nampak seperti hanya sekadar menyampaikan bantuan, namun amanah dan tanggungjawab untuk membantu institusi kerajaan adalah tanggungjawab semua parti”, jelas PAS Kawasan Sungai Besar.

Menurut mereka, fokus sumbangan pada kali ini adalah, beberapa keluarga berketurunan Cina dan India untuk diserahkan bantuan ‘Bakul Prihatin’ tersebut kepada mereka.

“Menjaga kebajikan dan keselamatan rakyat adalah fokus yang perlu diletakkan dihadapan sekarang ini agar pandemik COVID-19 ini dapat berakhir dan keadaan rakyat terjamin”.

Lajnah Penerangan & Media BaruBadan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor#KitaJagaKita#IslamTolakFitnah#IslamMemperkukuhPerpaduan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️