Sarawak

Muslimat Sarawak Serah Bantuan Mangsa Kebakaran

PETRA JAYA: Dewan Muslimat PAS Negeri Sarawak telah menggerakkan sumbangan bantuan kepada keluarga-keluarga mangsa kebakaran di Kampung Bintawa Ulu, Kuching, di sini semalam.


Sumbangan telah disampaikan Pengerusi Lajnah Kebajikan Muslimat PAS Sarawak, Habsah Bujang yang hadir berziarah bersama rombongan diketuai Yang DiPertua PAS Kawasan Petra Jaya, Morshidi Hassan.

Barangan keperluan harianΒ yang diserahkan langsung kepada setiap keluarga mangsa terlibat itu sebagai menzahirkan simpati dan keprihatinan PAS dengan harapan meredakan tekanan emosi dan trauma mangsa.

 

 

β€œKami berharap sedikit sumbangan daripada pihak Muslimat PAS Sarawak ini dapat meringankan beban ditanggung oleh mangsa terlibat.

β€œApatah lagi dalam kesukaran hidup sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini,” ujar Setiausaha Lajnah Kebajikan Muslimat PAS Sarawak, Nurhafiza Wahid.

Sebanyak lima kediaman serta tiga kereta dan tujuh motosikal musnah keseluruhannya dan dua rumah lagi terjejas rosak, namun tiada kemalangan jiwa dalam kejadian jam 1:30 pagi semalam.

Tabung Derma Kilat turut dibuka kepada para dermawan yang boleh disalurkan menerusi akaunΒ Bank Islam 11013010073531Β atas namaΒ Dewan Muslimat PAS Negeri SarawakΒ dan sebarang transaksi boleh dimaklumkan kepada Diana Bakar di talian 013-5984374. – HARAKAHDAILY 15/11/2020

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

πŸ“± πŸ“˜ 🐦 ✈️