Pemakluman Berita Palsu Terkini Oleh MKN
Sebentar tadi laman Telegram Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah membuat satu kenyataan berkaitan beberapa maklumat yang tersebar di media sosial yang disahkan palsu. Berikut ialah kenyataan penuh MKN :-
PEMAKLUMAN BERITA PALSU
Berikut merupakan PENAFIAN tentang beberapa berita yang tular di media sosial:
1. Pihak Econsave Rinching, Semenyih, Selangor menafikan dakwaan bahawa dua (2) orang pelanggan yang telah mengunjungi pasaraya tersebut positif COVID-19 dan menjelaskan tiada pekerjanya yang positif COVID-19.
2. Bahagian Pasca Perkhidmatan (PENCEN) menafikan maklumat tentang pembayaran pencen bulan April 2020 yang akan diawalkan dan menjelaskan pembayaran pencen akan dibuat mengikut jadual yang ditetapkan.
Pasukan Respon Pantas
KKMM
13 April 2020β3.00 Petang
Kredit Sumber : Laman Telegram Rasmi Majlis Keselamatan Negara (MKN)
Editor Wartawan Rakyat Melaka