PAS ucap tahniah kepada PM ke-8
PAS ingin merafakkan setinggi penghargaan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agung Al-Sultan Abdullah Riβayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al Mustaβin Billah yang telah memperkenankan pelantikan YB Tan Sri Haji Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke-8.
PAS juga mengucapkan setinggi tahniah kepada YB Tan Sri Haji Muhyidin Yassin di atas pelantikan ini dan mendoakan agar sentiasa dikurniakan taufiq dan hidayah-Nya bagi melaksanakan tanggungjawab yang amat berat ini.
PAS menyeru semua rakyat Malaysia untuk menghormati keputusan Yang di-Pertuan Agong ini, seterusnya memperkukuhkan muafakat dan perpaduan kaum yang menjadi tonggak kepada kemakmuran negara.
Menjunjung kasih Tuanku.
βISLAM MEMIMPIN PERPADUANβ
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
HARAKAHDAILY 29/2/2020