Sarawak

Virus : Muslimat Sarawak Solat Hajat Perdana

KUCHING: Dewan Muslimat PAS Negeri Sarawak telah melangsungkan Solat Hajat Perdana serentak melibatkan semua lapan PAS Kawasan-kawasan di negeri ini, kelmarin dahulu.

Ianya sebagai memohon perlindungan daripada Allah S.W.T berikutan perkembangan terkini penularan virus Corona yang sangat menggemparkan seluruh dunia ketika ini.

Selain mengumpulkan ahli-ahli Muslimat daripada Kawasan-kawasan, pertemuan mereka juga denganΒ iftarΒ bersama serta melangsungkan Munajat AKIFI dan tazkirah ringkas.

Ketua Muslimat PAS Sarawak, Ustazah Juliani Adin antara turut serta dalam program di Bintulu dan berharap inisiatif tersebut diperluaskan dengan harapan agar dilindungi Allah.

Menurutnya, Muslimat PAS Sarawak komited dan peduli terhadap hal ehwal keselamatan dan kesihatan rakyat dan berharap berada dalam situasi bebas wabak penyakit.

Hamidah Mokthar
Ketua Penerangan
Dewan Muslimat PAS Negeri Sarawak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

πŸ“± πŸ“˜ 🐦 ✈️