Fahami Makna Baiah Demi Memelihara Istiqamah
Oleh: Muhammad Hadi
KANGAR :Seluruh ahli PAS diingatkan agar memahami makna baiβah demi memelihara istiqamah mereka bersama-sama dengan parti Islam berkenaan.
Jelas AJK PAS Pusat, Ustaz Mohd. Yusni Mat Piah, baiβah membawa maksud melakukan perjanjian dengan Allah S.W.T. dalam perkara yang berkait dengan perjuangan Islam, dan mereka yang berbaiβah akan dikurniakan ganjaran yang berlipat ganda oleh Allah.
Katanya lagi, perkara berkenaan (baiβah) bukanlah sesuatu yang baharu sebaliknya telah diamalkan sejak zaman Rasulullah S.A.W. lagi bertujuanΒ mengukuhkan lagi kedudukan seseorang yang berada dalam saf perjuangan atau ditugaskan menjadi pemimpin.
Sehubungan dengan itu ujar beliau,Β PAS telah mensyaratkan baiβah yang dimasukkan di dalamnya sumpah dan laknat dengan penegasan lafaz Allah menjadi saksinya agar mereka yang berbaiβah tetap istiqamah serta tidak menukar aqidah perjuangan Islamnya tatkala berhadapan dengan cabaran mahupun tekanan dalam perjuangan mereka.
βSebab itulah kita yang berada dalam jemaah Islam ini perlu memahami baiβah serta kenapa kita perlu berbaiβah.
βRasulullah S.A.W. sendiri mengambil baiβah daripada para sahabat ketika Islam berada dalam keadaan genting yang menjadikan mereka (para sahabat) tetap istiqamah dengan janji setia itu meskipun berhadapan dengan tekanan dan cabaran sehingga mereka bertemu dengan Allah,β katanya ketika berucap pada program Liqaβ Fikri anjuran Badan Perhubungan PAS Perlis di Kompleks PAS Perlis (KOMPAS) dekat sini, semalam.
Hadir sama dalam program berkenaan ialah Mursyidul Am PAS,Β Datoβ Tuan Guru Hj. Hashim Jasin, Pesuruhjaya PAS Perlis, Mohd. Shukri Ramli serta Ketua Dewan Ulamak PAS Perlis,Β Ustaz Idris Yaacob.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga turut menjelaskan bahawa baiβah yang diberi bukan sekadar sumpah setia untuk taat kepada pimpinan semata-mata tetapi juga kepada Allah S.W.T.
βAllah sebut dalam Al-Quran, bila kita berbaiβah dengan jemaah Islam, dengan pimpinan kita, memberi walaβ kepada pimpinan, maka hakikatnya kita memberi baiβah kepada Allah S.W.T.
βAtas keyakinan bahawa Allah akan memberikan kemenangan kepada perjuangan Islam, maka sebab itulah kita terus berjuang dan memberi baiβah kepada jemaah, agar kita dapat terus istiqamah dan meletakkan ketaatan kita kepada Allah dan jemaah Islam ini,β ujarnya.