Minda Presiden

PAS kecam serangan ke atas Jeneral Qassem Soleimani

PAS merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Al-Marhum Jeneral Qassem Soleimani yang terbunuh dalam serangan yang dilancarkan oleh pihak Amerika Syarikat di Baghdad, pagi ini.

PAS melahirkan rasa kesal terhadap insiden β€˜keganasan antarabangsa’ yang melampaui batas ini, dan mengecam campurtangan pihak Amerika Syarikat dalam urusan dalaman di Timur Tengah yang boleh meningkatkan ketegangan di rantau tersebut.

Semoga roh Al-Marhum Jeneral Qassem Soleimani ditempatkan di kalangan para syuhada dan hamba-Nya yang soleh.

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 7 Jamadil Awwal 1441 / 3 Januari 2020 – HARAKAHDAILY 3/1/2020

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

πŸ“± πŸ“˜ 🐦 ✈️