๐Ÿ”ด TERKINI
SkimPAS terus bantu waris ahli, RM10,000 disampaikan dalam Liqaโ€™ Fikri PAS Perak ๐Š๐€๐‹๐ˆ๐Œ๐€๐‡ ๐ˆ๐’๐‹๐€๐Œ : ๐’๐„๐๐’๐ˆ๐“๐ˆ๐•๐ˆ๐“๐ˆ ๐˜๐€๐๐† ๐๐„๐‘๐‹๐” ๐ƒ๐ˆ๐…๐€๐‡๐€๐Œ๐ˆ WAHAI YB MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN, INI BUKAN ISU TAKUT KAJIAN PERJUANGAN KUASA BESAR TUNGGAL DIBELI POLITIK KEKAYAAN ZIONIS POLITIK KETETAPAN ALLAH YANG BERSIH Serangan Ke atas Republik Islam Iran: Amerika Syarikat Di Persimpangan CIRI-CIRI PARTI ISLAM PAS BERJUANG MENINGGIKAN ISLAM, BUKAN MENUNGGANGNYA SkimPAS terus bantu waris ahli, RM10,000 disampaikan dalam Liqaโ€™ Fikri PAS Perak ๐Š๐€๐‹๐ˆ๐Œ๐€๐‡ ๐ˆ๐’๐‹๐€๐Œ : ๐’๐„๐๐’๐ˆ๐“๐ˆ๐•๐ˆ๐“๐ˆ ๐˜๐€๐๐† ๐๐„๐‘๐‹๐” ๐ƒ๐ˆ๐…๐€๐‡๐€๐Œ๐ˆ WAHAI YB MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN, INI BUKAN ISU TAKUT KAJIAN PERJUANGAN KUASA BESAR TUNGGAL DIBELI POLITIK KEKAYAAN ZIONIS POLITIK KETETAPAN ALLAH YANG BERSIH Serangan Ke atas Republik Islam Iran: Amerika Syarikat Di Persimpangan CIRI-CIRI PARTI ISLAM PAS BERJUANG MENINGGIKAN ISLAM, BUKAN MENUNGGANGNYA
Minda Presiden

Perutusan Aidiladha 1440H Presiden PAS

HARI Raya Aidiladha merupakan hari raya bagi menyambut dua ibadat besar bagi umat Islam iaitu ibadat haji dan ibadat korban yang telah dipaparkan oleh sosok Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail A.S.

Ibadat haji adalah himpunan tahunan terbesar umat Islam di kota suci yang diwajibkan kepada orang Islam yang mempunyai kemampuan. Sewaktu melaksanakan ibadat ini, umat Islam akan bertemu pelbagai bangsa dan bahasa umat Islam. Mesej perpaduan dan keharmonian yang cuba ditunjukkan oleh Allah S.W.T.

Pada Hari Raya AidilAdha juga umat Islam dituntut menyembelih binatang ternakan, sebagai simbolik mesej pengorbanan yang perlu dilakukan sebagai umat Islam terbaik atau Khayra ummah. Allah Taala berfirman:

ู„ูŽู† ูŠูŽู†ูŽุงู„ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูŽ ู„ูุญููˆู…ูู‡ูŽุง ูˆูŽู„ูŽุง ุฏูู…ูŽุงุคูู‡ูŽุง ูˆูŽู„ูŽูฐูƒูู† ูŠูŽู†ูŽุงู„ูู‡ู ุงู„ุชู‘ูŽู‚ู’ูˆูŽู‰ูฐ ู…ูู†ูƒูู…ู’ ูƒูŽุฐูŽูฐู„ููƒูŽ ุณูŽุฎู‘ูŽุฑูŽู‡ูŽุง ู„ูŽูƒูู…ู’ ู„ูุชููƒูŽุจู‘ูุฑููˆุง ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูŽ ุนูŽู„ูŽู‰ูฐ ู…ูŽุง ู‡ูŽุฏูŽุงูƒูู…ู’ ูˆูŽุจูŽุดู‘ูุฑู ุงู„ู’ู…ูุญู’ุณูู†ููŠู†ูŽ (37)

โ€œDaging dan darah binatang korban itu tidak akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadanya ialah ketaqwaan kamu. Demikianlah ia memudahkan binatang itu bagimu supaya kamu mengagungkan Allah atas petunjuk kepadamu. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang yang berusaha supaya baik amalannyaโ€. (Surah Al-Hajj: 37)

Allah Taala telah menjelaskan ibadat korban itu adalah cerminan kepada taqwa seseorang hamba kepada-Nya. Pengorbanan diikuti dengan ketaqwaan. Bertitik tolak daripada kedua-dua ibadat itu, kita memahami bahawa tema perpaduan dan pengorbanan terangkum dalam menjadi hamba Allah yang bertaqwa. Allah Taala berfirman:

ูŠูŽุง ุฃูŽูŠู‘ูู‡ูŽุง ุงู„ู†ู‘ูŽุงุณู ุฅูู†ู‘ูŽุง ุฎูŽู„ูŽู‚ู’ู†ูŽุงูƒูู… ู…ู‘ูู† ุฐูŽูƒูŽุฑู ูˆูŽุฃูู†ุซูŽู‰ูฐ ูˆูŽุฌูŽุนูŽู„ู’ู†ูŽุงูƒูู…ู’ ุดูุนููˆุจู‹ุง ูˆูŽู‚ูŽุจูŽุงุฆูู„ูŽ ู„ูุชูŽุนูŽุงุฑูŽูููˆุง ุฅูู†ู‘ูŽ ุฃูŽูƒู’ุฑูŽู…ูŽูƒูู…ู’ ุนูู†ุฏูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุฃูŽุชู’ู‚ูŽุงูƒูู…ู’ ุฅูู†ู‘ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูŽ ุนูŽู„ููŠู…ูŒ ุฎูŽุจููŠุฑูŒ (13)

โ€œWahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling taqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenalโ€. (Surah Al-Hujuraat: 13)

Mudahan hari raya kali ini kita lebih berusaha menguatkan keimanan dan menambah amal soleh sekaligus tetap memelihara tanggungjawab terhadap umat Islam dan masyarakat seluruhnya. Hanya dengan Islam sahaja kita akan berjaya di dunia dan akhirat.

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!

โ€œIslam Memimpin Perpaduanโ€

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 9 Zulhijjah 1440 / 10 Ogos 2019 โ€“ HARAKAHDAILY 10/8/2019

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

๐Ÿ“ฑ ๐Ÿ“˜ ๐Ÿฆ โœˆ๏ธ