Perutusan Nuzul Al-Quran 1439H
BULAN Ramadan bukan sekadar mengingatkan kita dengan berpuasa di siang hari, tetapi bulan ini juga mengingatkan kita dengan bulan Al-Quran, mukjizat ilmu paling agung kepada umat akhir zaman sehingga ternyata kebenarannya melalui kajian sains dan berjaya mengalahkan teori falsafah barat. Firman-Nya:
Ψ΄ΩΩΫ‘Ψ±Ω Ψ±ΩΩ ΩΨΆΩΨ§ΩΩ Ω±ΩΩΩΨ°ΩΩΩ Ψ£ΩΩΨ²ΩΩΩ ΩΩΩΩΩ Ω±ΩΫ‘ΩΩΨ±Ϋ‘Ψ‘ΩΨ§ΩΩ ΩΩΨ―ΩΩ ΩΩΩΩΩΩΩΨ§Ψ³Ω ΩΩΨ¨ΩΩΩΩΩΩΩ°ΨͺΩ Ω ΩΩΩΩ Ω±ΩΫ‘ΩΩΨ―ΩΩΩ° ΩΩΩ±ΩΫ‘ΩΩΨ±Ϋ‘ΩΩΨ§ΩΩΫ [Ψ§ΩΨ¨ΩΨ±Ψ©: 185[
βBulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, yang menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dengan yang salah.β [Al-Baqarah: 185]
Umat Islam mengalami zaman kelemahan apabila meninggalkan petunjuk Al-Quran dan ajaran Rasulullah S.A.W serta salah cara melaksanakannya kerana tidak berilmu dan meninggalkan budaya ilmu.
Sepatutnya dalam kita menikmati hidup di Bulan Al-Quran, menyedarkan setiap manusia betapa pentingnya kembali kepada pelaksanaan Al-Quran yang sempurna dan menyeluruh sama ada dalam aspek ibadat, akhlak, ekonomi, politik, sosial, perundangan, pendidikan dan sebagainya.
Al-Quran dan As-Sunnah wajib diangkat menjadi hukum tertinggi negara melangkaui Perlembagaan Persekutuan dan segala hukum ciptaan manusia, kerana menjadi tanggungjawab bagi sesiapa berkuasa meletakkan Al-Quran dan As-Sunnah di tempatnya yang tertinggi. Inilah tanggungjawab generasi terkini setelah generasi terdahulu berjaya meletakkan Islam sebagai Agama Persekutuan.
Akhir sekali, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Nuzul Al-Quran 1439H kepada seluruh umat Islam walau di mana jua berada. Marilah kita bersama-sama memperbanyakkan membaca Al-Quran, menghayati maknanya dan melaksanakan kandungannya dalam seluruh kehidupan individu, bermasyarakat dan bernegara.
βSejahtera Bersama Islamβ
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS β HARAKAHDAILY 2/6/2018