NegeriTerengganu

Menang Tuntutan Mahkamah; Bukti Tindakan Kerajaan PAS Benar

KEMAMAN – Para Peserta Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Bujal yang dirobohkan rumah mereka oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) telah menang dalam tuntutan mereka di mahkamah.

Wakil mereka Mohd Anuar Alias, 46, berkata, ia membuktikan tindakan kerajaan PAS membahagikan lot tapak kediaman di kawasan itu, benar dan sah.

Katanya, pada tahun 2004, kerajaan telah meluluskan lot RTB seluas 1000 meter persegi ataupun suku ekar, sebanyak 363 lot kepada seramai 125 orang.

Mereka telah telah mengusahakan tanah itu dan medirikan rumah, sehingga Umno dan BN mengambil alih kerajaan negeri pada tahun 2005.

“Sebahagian rumah itu ada yang telah siap dan ada yang hampir siap serta ada juga yang baru nak bersihkan kawasan,

“Tapi malangnya selepas kerajaan Umno dan BN menang pada tahun 2004, satu tindakan yang tak masuk akal dan lebih kejam daripada kerajaan Israel,

”kerajaan yang hancurkan (rumah) sama juga denganperistiwa (merobohkan) Masjid Bujal,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media, menyorot kembali pencerobohan Masjid Bujal, Selasa, 13 Mac, disini.

Katanya, beliau hairan dan bungung, sebab apa sebagai seorang pemimpin Melayu dan Islam pada masa itu, Menteri Besar Dato Seri Idris Jusoh dan juga kerajaan tempatan yang dipimpin oleh ADUN Kijal sekarang, sanggup meroboh rumah penduduk dan masjid.

“Saya rasa cukup sedih……dengan sumbangan orang ramai di merata tempat untuk sebuah masjid yang hampir siap,

“Dan saya salah seorang yang bertungkus lumus menyiapkan…… siang dan malam menelan kos hampir RM 300 ribu ,” ujar beliau.

Beliau menambah, pada masa pemerintahan PAS daripada tahun 1999 – 2004, tanah tempat tinggal dan tanah pertanian diberikan kepada semua rakyat yang layak, tanpa mengira latar belakang politik, agama dan bangsa.

“Tapi sayangnya……sekarang ini hanya tinggal belukar sebab kita dah dianiaya……dan pejabat tanah tidak beri lagi untuk kita sambung (bayar lesen TOL) kecuali rumah lama (yang sudah ada hak milik)

“(apabila) surat diterima……. Jabatan bekalan Air (SATU) dan Tenaga Nasional……. memang tak boleh masuk air dan tiada bekalan elektrik

“ Jadi satu benda yang pelik untuk orang kampung dan rakyat yang duduk dirumah sendiri,” katanya menceritakan kisah yang berlaku, 13 tahun yang lalu.

Namun begitu, belau bersyukur kerana Allah telah menunjukkan kebenaran dan tuntutan para penduduk membawa kes ke mahkamah, telah berjaya.

”sekarang sedang dilaksanakan keputusan mahkamah dan pihak kerajaan sedang membayar ganti rugi kepada para peserta terlibat,

”begitu juga dengan tapak masjid Bujal pada (sudah pada) peringkat rayuan pun kerajaan negeri telah kalah dan dalam sekarang dalam proses penilaian semula harga masjid,” kata beliau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️