Tumpukan Usaha Selesai Masalah Pengangguran
Oleh : Najmiah Kasim
KUALA TERENGGANU – Ameerah negeri Terengganu menggesa kerajaan memberi tumpuan kepada usaha-usaha untuk menyelesaikan masalah wanita muda yang menganggur.
Ketua Ameerah Kuala Nerus Puan Khairunnajjah Mohd berkata, ramai antara mereka yang berpelajaran tinggi tetapi terpaksa menganggur setelah tamat pengajian.
“ada yang punyai Ijazah, Master dan Phd…..saban tahun meningkat, tapi peluang pkerjaan yg setaraf dengan kelulusan mereka tiada,
“inilah punca meningkatnya kes penggaguran dalam negara ini, bebanan kos pinjaman (pendidikan) tidak mampu dibayar, meningkat dengan bunga (riba),” jelasnya.
Menurutnya, kadar pengangguran peringkat negeri Terengganu adalah lebih tinggi daripada kadar nasional.
Katanya, untuk tahun 2015 (4.0 peratus berbanding 3.2 peratus) dan pada tahun 2016 (4.2 peratus berbanding 3.4 peratus).
“Saya menggesa kerajaan khususnya negeri Terengganu yang meluluskan bajet lebih RM1 bilion setiap tahun agar mengatsai masalah ini,” tegasnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program Bengkel Membuat Roti di Kampung Bukit Tok Ris, Bukit Tunggal disini pada Sabtu, 10 Februari.
Sehubungan itu, beliau yang juga Ketua Ameerah DUN Bukit Tunggal berharap, program tersebut memberikan kaedah berikhtiar kepada penduduk, bagi berusaha meningkatkan pendapatan atau mengurangkan perbelanjaan dalam mengahadpi keadaan ekonomi yang gawat.
Katanya, Ameerah terus komited dalam melaksanakan gerak kerja dan memperkenalkan organiasi dan aktivitinya kepada penduduk.
“ini diantara inisiatif yang diambil melalui program-program berbentuk santai dan menarik minat wanita kini khususnya golongan muda dan salah satu yang disukai pemudi sekarang ialah Bengkel Roti,
“masih ramai anggota masyarakat yang belum mengenali apa itu Ameerah………jadi kita masuk dan dekati warga dimana-mana sahaja,” ujar beliau.