NegeriTerengganu

Umno Tidak Mampu Mempertahankan Islam Dan Orang Melayu

MARANG – Kerajaan Malaysia yang ditunjangi pemimpin Umno, berada daLam keadaan yang sangat lemah kerana tidak mampu mempertahan kesucian agama Islam dan kepentingan orang Melayu.

Timbalan Pesuruhjaya III PAS Terengganu Haji Yahaya Ali berkata, walaupun sudah lebih 50 tahun menjadi pemerintah, parti itu tidak mampu menggubal undang-undang mempertahankan syariah.

“berhubung isu yang terbaru berkait dengan orang sudah masuk Islam, tetapi telah disytiharkan oleh mahkamah sivil sebagai tidak sah,

“Umno yang memerintah negara ini begitu lama tidak mampu menyediakan rangka undang-undang mempertahankan hak kuasa mahkamah syariah,” tegasnya.

Bahkan, kata beliau, ayah kepada anak-anak yang membawa mereka masuk Islam, sedang diburu oleh kerana dikatakan melakukan satu perkara yang bertentangan dengan undang-undang.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmia Himpunan Anak Muda Marang (HIKAM) di Padang Mengkuang dekat sini semalam, Khamis 2 Februari.

Oleh itu beliau mengajak ribuan para pemuda yang hadir pada Himpunan tersebut agar bekerja keras, menumbangkan Umno dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

Katanya, PAS Terengganu telah membua kajian dan yakin dapat mengumpulkan pendapatan negeri sebanyak RM1 bilion ringgit setahun.

Justeru itu, PAS menawarkan melalui janji manifestonya pelbagai program untuk menuruskan kepentingan rakyat di negeri ini.

“saya nak mengajak anak-anak muda sekelian mengambil kesempatan peluang terbaik ini, menyeru semua rakan-rakan, ‘saing rodong’ kita untuk bersama-sama dengan PAS,

“kita telah menawarkan pelbagai program yang menarik, dengan bajet (tersebut),” jelas beliau.

HIKAM yang dirasmikan oleh Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad, berlangsung selama tiga hari bermula Khamis dan berakhir pada Sabtu 3 Februari.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️