NegeriTerengganu

‘Kad Sejahtera’ Setiap Keluarga, Jika PAS Memerintah Terengganu

BESUT – PAS akan mengedarkan ‘Kad Sejahtera’ bertujuan untuk membantu rakyat negeri Terengganu yang berpendapatan rendah, sekiranya diberi kepercayaan memerintah negeri ini selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU14) nanti.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Ustaz Hussain Awang berkata, Kad yang bernilai RM500 itu akan diberi kepada setiap keluarga yang layak dan ini laku tempoh sahnya dalam masa satu tahun.

“Kad Sejahtera laku dimana-mana klinik swasta samada bawa ayah bawa mak bawa nak gie minta ubat demam, batuk ataupun sebagainya,

“Kepada klinik yang mana diluluskan oleh kerajaan. Bila dia sudah sampai ke klinik, doktor periksa dia dan ambil ubat, pihak klinik kata, pakcik kena bayar RM 40, dia hulur kad Sejahtera itu,” jelasnya.

Beliau berkata demikian dalam satu Majlis Ceramah Penerangan Isu-Isu Semasa yang diadakan di Kampung Pulau Panjang, Jerteh, pada Selasa 26 Disember.

Menurutnya, apabila diberi kad itu sebagai bayaran rawatan kesihatan, maka jumlah wang dalam kad itu akan dipotong mengikut jumlah caj yang dikenakan pihak klinik.

“Jika sakit pula pada minggu depan, pergi lagi ke klinik yang diakui oleh kerajaan, kena pula bayaran rawatan RM60, bayaran di potong dari Kad Sejahtera, maka baki tinggal lagi RM 400.

“habis RM500 dalam kad tu (dibelanjakan), kena bayar sendirilah ……..tunggu tahun depan pula. Kita akan bagi Kad Sejahtera yang baru harganya RM500 juga. Itu bantuan yang akan kita beri kepada rakyat,” tegas beliau.

Justeru, PAS berharap agar rakyat beralih kepada suatu perubahan yang mana sudah tentu menuju ke arah pengurusan dan pentadbiran yang telus dan amanah serta bersandarkan kepada syariat Allah SWT.

“Cukuplah 60 tahun lebih Umno memerintah dan kita (rakyat) telah di pulas dan dipermain-mainkan oleh pemimpin kerajaan yang sedia ada,” tambah beliau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️