BeritaKedah

​Jualan Amal Inisiatif Bantu Rakyat Kedah

Oleh:  Hanan Abdul Ghani

SIK– Peningkatan kos sara hidup yang tinggi dan bebanan GST yang terpaksa ditanggung rakyat telah mencetuskan semangat kepada Lajnah Kebajikan Dewan Muslimat PAS Negeri Kedah untuk mengadakan program kebajikan berbentuk jualan amal kepada rakyat Kedah pada 8 Oktober yang lalu.

Jualan amal yang melibatkan beberapa daerah seperti Sik,  Baling, Kulim, Bandar Baharu, Padang Serai, dan Sungai Petani ini akan dijayakan oleh Dewan Muslimat kawasan masing-masing.

Jualan pertama telah diadakan di daerah Sik dan dikelolai oleh Dewan Muslimat PAS Kawasan Sik (DMPKS).

Program jualan amal ini bermula dengan ceramah isu semasa oleh Timbalan Ketua Muslimat PAS Negeri Kedah, Ustazah Wan Fatimah Wan Teh di pekan Batu 5, Sik. Beliau telah menyentuh beberapa isu penting terutama GST yang menekan rakyat marhaen.

Pelbagai barangan keperluan asas telah dijual seperti gula, minyak dan beras dengan harga yang sangat berpatutan.
Program amal sebegini telah mendapat sambutan menggalakkan dari penduduk setempat apabila lokasi jualan amal telah dipenuhi rakyat walaupun program masih belum bermula.

  • TAGS
  • Dewan Muslimat PAS Kawasan Sik
  • Dewan Muslimat PAS Kedah
  • Kebajikan
  • PAS Sik

Himpunan Gelombang Hijau Kedah Daulatkan Islam pada Bulan September

Artikel AS Kedah

Himpunan Jentera Pilihanraya Pemuda PAS Kedah 9 September

Artikel AS Kedah

PAS Sangkal Dakwaan 40 Orang Ahli PAS Kg Perik Padang Terap Sertai PAN

Block title } ) } in_page' } // 'change' handler is written as function because it's called by tdc_on_add_css_live_components (of wp_footer hook) // We did it to reattach the existing compiled css to the new content received from server. // if (

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️