NegeriTerengganu

Fastaqim 2.0 Bina Pemimpin Dan Petugas Yang Istiqamah

KUALA TERENGGANU – Penganjuran Fastaqim 2.0 yang baru melabuhkan tirainya telah melahirkan pemimpin dan petugas Parti Islam Semalaysia (PAS) yang komited serta istiqamah dalam perjuangan Islam.

Namun begiru, Ketua Muslimat Negeri Terengganu, Hajah Zarani Othman berkata, cabarannya masa kini ialah untuk menggerakkan ‘Gelombang Hijau’ bagi meneruskan usaha untuk memenangkan PAS.

“Debaran PAS Terengganu sebagai tuan rumah telah pun berakhir dan kesyukuran dipanjatkan kepada Allah SWT yang telah menolong dan mempermudahkan segalanya,

“Fastaqim 2.0 telah melabuhkan tirai dengan kejayaan menghimpunkan 200 K petugas dan penyokong serta pendokong PAS seluruh Malaysia,”katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataannya, Ahad, 1 Oktober, disini.

Menurutnya lagi, Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu merakamkan ucapan tahniah dan jutaan terima kasih di atas kesungguhan dan kerjasama serta pengorbanan semua petugas muslimat seluruh Malaysia.

Khususnya kata beliau, kepada muslimat Terengganu yang bertungkus-lumus membuat persediaan terbaik bagi memastikan kejayaan Fastaqim 2.0.

“Terima kasih yang tidak terhingga di atas kepercayaan dan kerjasama yang diberikan oleh ketua dan Ahli Jawatan Kuasa Kerja (AJK) Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) serta AJK Unit Muslimat Fastaqim 2.0,

“Dan semoga kerja buat dan kesungguhan kita diterima Allah sebagai amal soleh. Terus berjuang…. sehingga cahaya Islam terus menyinar di bumi Malaysia dan Terengganu khasnya,” ujar Zarani.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️