PAS Ucap Tahniah Kepada Sultan Mizan
KUALA TERENGGANU – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai YB Haji Hanafiah Mat merafak sembah mengucapkan tahniah dan syabas kepada Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin.
Beliau yang juga Penolong Setiausaha Badan Perhubungan PAS Terengganu berkata, kejayaan Tuanku menjadi kebanggaan kepada seluruh rakyat.
“Saya YB Haji Hanafiah Bin Mat mewakili seluruh rakyat Chukai (dan Terengganu) merakamkan ucapan tahniah buat Al-Wathiqu Billah Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin,
“diatas kemenangan 2 pingat emas di dalam acara Endurance pada temasya sukan sea kali ke-29,
“Kejayaan Tuanku merupakan kebanggaan buat seluruh rakyat di Malaysia, terutama di negeri Terengganu tercinta ini,” ujarnya.
Dalam Sukan yang sedang berlangsung tersebut, pasukan Malaysia yang diketuai Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin menamatkan perlumbaan di tempat pertama bagi meraih emas.
Pingat perak pula disumbangkan Mohd Bulkhari Rozali yang mendapat tempat kedua dalam acara sama.
Satu lagi pingat emas disumbangkan melalui acara berpasukan apabila lima penunggang negara berjaya menamatkan perlumbaan.