NegeriTerengganu

Kasih Ramadhan; Mendengar Duka Berkongsi Ceria

SETIU – Ameerah Kawasan Setiu turun ke beberapa kampung, mendengar cerita duka dan berkongsi gembira bersama warga yang yang kurang bernasib baik.

Ketuanya, Rafidah Mohd Sheh berkata, program ziarah ‘Kasih Ramadhan’ itu telah di adakan pada keempat-empat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam parlimen ini.

“Sebanyak 16 buah rumah telah dikunjungi dan diziarahi oleh anggota Ameerah Kawasan Setiu pada kali ini, dikalangan golongan wanita muda, ibu tunggal dan susah serta sakit,

“sedikit sumbangan diberikan, berkongsi rasa ceria Ramadan…… berupa barangan dapur keperluan harian seperti beras, minyak, gula, kurma dan bihun,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas program itu di sini, pada Sabtu 3 Jun.

Sehubungan itu, Rafidah bersyukur kerana ‘lambaian kasih’ Ameerah disambut mesra oleh tuan rumah yang dilawati.

Kemesraan seketika, diterjemahkan mereka, kata Rafidah, dengan ‘luahan cerita derita’ yang ditanggung oleh keluarga masing-masing.

“Salah sebuah rumah, penghuninya adalah seorang wanita muda bekerja sebagai pembuat arang bagi menampung kehidupannya,

“bersama dua orang anak kecil berusia 8 dan 3 tahun berikutan suami beliau seorang penagih dadah,” kata Rafidah, sedih.

Justeru itu, beliau berharap, walaupun sedikit sumbangan yang diberikan tidak akan mampu melenyapkan duka lara mereka, sekurang-kurangnya dapat mengurangkan sedikit beban yang ditanggung.

“lebih-lebih lagi pada bulan Ramadhan yang mulia ini dan Aidil Fitri yang akan tiba dalam masa tiga minggu lagi,” tambahnya.

Oleh itu, beliau berazam, silaturrahim yang dihubungkan, tidak akan terputus dan akan meneruskan program ziarah dari masa ke semasa.

Turut serta bersama rombongan Ameerah Kawasan Setiu dalam program tersebut ialahTimbalan Ketua Muslimat Kawasan Setiu, Rohani Awang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️