NegeriTerengganu

Tumpu Kepada Tugas PRU14

OLeh : Faizal Ghani

MARANG – Para petugas PAS di semua peringkat diminta memberi tumpuan, bekerja kearah kemenangan bagi memastikan PAS kembali berkuasa di negeri Terengganu selepas pilihan raya umum kali ke-14 (PRU 14) nanti.

Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Malaysia Dato’ Mustafa berkata, kefahaman menterjemah ‘Politik Matang dan Sejahyera’ merupakan pra-syarat dalam menghadapi tugas berat itu.

“Saya menyeru dan berharap agar setiap tenaga yang hadir mampu untuk memberi kerjasama dan bekerja ke arah kemenangan Islam dan PAS dibumi Terengganu bagi membolehkan PAS menerajui pemerintahan negeri Terengganu.” Kata Mustapa.

“Di sini juga ingin saya tekankan perlunya kefahaman yang bersungguh berkaitan senario politik semasa dan menterjemahkan budaya politik matang dan sejahtera dalam melaksanakan agenda bersama masyarakat,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Berangan.

Sehubungan itu, Pengarah DUN Pengkalan Berangan, Ustaz Sulaiman Sulong ketika diminta mengulas perkara tersebut mengharapkan mereka yang diberi amanah, dapat melaksanakan tanggungjawab masing-masing.

“Setiap orang yang dilantik memikul tanggungjawab dan amanah yang diberikan memberi tumpuan dan sanggup melaksanakan tugas dengan penuh ikhlas dan berharap kepada pertolongan Allah,”tegas beliau yang juga Pengarah Pilihan Paya DUN tersebut

Ustaz Sulaiman telah mengepalai bacaan ikrar pada majlis itu bersama lebih 300 petugas telah hadir ke program yang telah diadakan di PASTI Al Jannah Kampung Jerung pada Jumaat, 13 Januari lalu.

Turut hadir pada majlis itu ialah Yang Dipertua dan Ahli jawatankuasa PAS Kawasan Marang, Yahaya Ali dan Mohamed Deraman.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️