NegeriTerengganu

Muslimat PAS Turut ‘Turun Padang’ Bantu Mangsa Banjir

HULU TERENGGANU – Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu (DMPNT) menunaikan tanggungjawab sosialnya dengan turut turun padang’ dan mengerahkan jentera kebajikan muslimat, Ameerah, Nisa’ dan Brigednya bagi membantu mangsa banjir di negeri ini.

Pemangkunya, Hajah Zarani Othman berkata Dewan Muslimat dan Khairunnisa mengambil tanggungjawab sosial dan kemanusiaan yang bersimpati dengan mangsa-mangsa bencana banjir.

Malah, katanya bentuk bantuan bukan sekadar wang ringgit tetapi bentuk tenaga selepas pasca banjir kelak.Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu dan Khairunnisa’ (Persatuan Isteri Wakil Rakyat PAS), kita sama-sama mengambil tanggungjawab sosial dan kemanusiaan yang simpati dengan mangsa-mangsa bencana banjir ini.

“Kami (DMPNT) turun ke Kuala Berang di Hulu Terengganu ini untuk menyampaikan sumbangan parti dan khidmat kebajikan.

“Insya’Allah, selepas pasca banjir nanti skuad khidmat kami(muslimat) akan turun lagi bukan sekadar dengan sumbangan duit tetapi dengan tenaga untuk membersihkan rumah-rumah mangsa banjir.

“Selepas Hulu Terengganu ini, kita akan turun ke Setiu dan Besut. Kita ada skuad khidmat disamping Ameerah, Briged dan lain-lain untuk turun berkhidmat,” ujarnya ketika melawat mangsa banjir di Kuala Berang, pada Rabu 4 Januari.

Menurutnya, setiap tahun musim tengkujuh Terengganu sering kali menghadapi masalah banjir diluar jangkaan.

Namun, kata beliau, PAS sentiasa bersiap sedia bagi membantu mangsa-mangsa bencana banjir semaksimanya.

“Semua itu (banjir) ujian dari Allah SWT dan kita sebagai hamba menerima dengan sabar, saling bantu-membantu menyelesaikan masalah itu.

“Musim tengkujuh negeri (Terengganu) ini selalu menghadapi hujan lebat dan banjir yang kadang-kala di luar jangkaan kita.

“Kita (PAS) akan sentiasa bersiap sedia untuk bantu mangsa-mangsa bencana semaksima mungkin sekadar kemampuan, Insya’Allah,” ujarnya.

Menurutnya, Lajnah Kebajikan Muslimat PAS Terengganu akan mengambil tanggungjawab membantu masalah tersebut.

https://youtu.be/zO0_HH8G49s

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️