NegeriTerengganu

PAS Dekati Anak Muda Bukan Untuk ‘Politik Semata’

KUALA NERUS – PAS mendidik anak-anak muda supaya mehidupan semakin hampir kepada Allah, mendekatkan diri mereka kepada agama dengan pendekatan melalui sukan.

Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu YB Ustaz Hishamuddin Abdul Karim berkata, sayap kanan PAS itu mendekati golongan tersebut dengan program-program berterusan bukan hanya hanya sebagai agenda genda politik semata-mata.

“Daripada seluruh agenda-agenda lain bagi meneruskan keseinambungan proses mendekati anak muda bukan sahaja untuk agenda politik,

“tetapi yang paling utama ialah agenda dakwah dan pendididkan……..mendidik anak muda supaya semakin hampir Allah mendekatkan diri kepada agama dengan pendekatan melalui sukan,”ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Kejohanan Futsal Tertutup Piala ADUN Tepoh 2016, pada Jumaat 9 Disember.

Katanya penganjuran acara sukan merupakan program tahunan Dewan Pemuda PAS DUN Tepoh.

Beliau mengucapkan tahniah dan syabas kepada pihak penganjur yang telah berjaya mengendalikan program riadah itu.

“Saya difahamkan penyertaan kali ini agak menggalakkan dengan 61 pasukan keseluruhanya…..jadi, ini antara tanda sokongan yang cukup baik daripada seluruh anak-anak muda dalam kawasan dn Tepoh,

“Saya harap program seperti ini diteruskan, tahniah kepada Dewan Pemuda PAS DUN Tepoh!,”kata beliau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️