NegeriTerengganu

Acara Belah ‘Bundle’ Pembuka Tirai Festival

Oleh : Zulshawal

DUNGUN – Membuka tirai Festival ‘Bundel’ Dungun bermula semalam hari ini, dengan simbolik ‘Belah Bundle’ disempurnakan oleh Ahli Parlimen Dungun, YB. Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli.

Ketika ditanya kepada beliau, komen selaku wakil rakyat atas penganjuran pesta pakaian terpakai itu, katanya beliau kagum.

“Program seperti ini perlu diteruskan kerana ia dapat mengalakkan aktiviti ekonomi di kalangan para peniaga dalam daerah Dungun,

“bukan sahaja peniaga bundle tetapi pihak penganjur juga membuka ruang niaga untuk peniaga makanan serta lain-lain perniagaan,

“Dan yang paling utama, program ini dapat menarik ramai anak muda untuk hadir kerana telah menjadi sinonim antara anak muda itu sendiri dengan bundle,” ujar beliau, yang juga Yang diPertua PAS Kawasan Dungun.

Beliau mengucapkan syabas kepada seluruh kepimpinan Pemuda PAS Dungun, diketuai oleh Ustaz Syeikh Muhammad Hanafi Abdul Aziz, yang menganjurka ‘himpunan’ peminat bundle itu.

“Saya juga mengharapkan program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang,”tambah Wan Hassan.

Tinjauan Buletin Online ‘Pecah Bundle’ melibatkan sepuluh orang peserta dimana setiap peserta dikenakan bayaran sebanyak RM10 untuk 5 helai pakaian bundle.

Menurut Timbalan Pengarah Suhaimi Mohamad, ‘pecah bundle’ pcah bundle itu terbuka kepada semua.

“Acara ini terbuka kepada semua orang. Dengan bayaran RM 30, mereka dikehendaki memilih hanya lima helai daripada bungkah bundle yang dibelah,” jelasnya dan menambah, acara tersebut akan diadakan duakali sehari selama tiga hari.

Karnival ini disertai oleh hampir 40 penjual bundle dan ‘vintage’ yang majoritinya datang datang daripada luar Terengganu.

Program yang bermula pada Khamis 21 April diteruskan dan akan berlangsung sehingga Sabtu, dengan pelbagai acara menarik dianjurkan.

Antaranya ialah pertunjukan kereta dan vespa, buskin banda serta aktiviti jualan disebelah siang, manakala pengunjung di sebelah malam akan mendapat sajian halwa telinga dan mata bersama hiburan alternatif

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️