NegeriTerengganu

Pejabat Penyelaras Parlimen PAS Kuala Terengganu Beri Khidmat Perubatan Dan Guaman Percuma

KUALA TERENGGANU – Pejabat Penyelaras Parlimen PAS Kuala Terengganu yang dirasmikan semalam akan mula beroperasi pada awal bulan Mac depad.

Yang Dipertua PAS Kuala Terengganu Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, antara khidmat yang akan diberikan kepada kaum Tionghua dan komuniti bandar Kuala Terengganu ialah rawatan perubatan percuma.

“khidmat perubatan percuma akan diadakan pada setiap bulan……..maknanya doktor akan datang (ke sini) dan ubat akan datang dan tuan-tuan boleh datang sekiranya sakit,

“ini servis…….khidmat yang kita akan berikan dan yang kedua kita akan berikan khidmat nasihat guaman secara percuma sebulan sekali juha,

“peguam kita akan datang dan mana-mana pihak yang ada masalah perundangan boleh dapat perkhidmatan,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Pejabat Penyelaras Parlimen PAS Kuala Terengganu dan Dewan Himpunan Penyokong PAS Kawasan Kuala Terengganu, di Jalan Banggol, Kuala Terengganu, Khamis 18 Februari.

Selain itu, katanya, jamuan makan juga akan diadakan kepada golongan yang kurrang bernasib baik, sebulan sekali di pejabat tersebut.

Wan Sukairi yang juga Penolong Setiausaha PAS Terengganu berkata, ia adalah menjadi tanggungjawab kepada PAS yang telah dipilih oleh rakyat dan menang pada pada pilihan raya umum lalu, walaupun wakil rakyatnya telah keluar dari parti.

Sehubungan itu, Pesuruhjaya PAS Terengganu Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata PAS tidak menghadapi sebarang masalah hubungan dengan orang Tionghua sejak sekian lama dan semasa menjadi kerajaan negeri Terengganu pada tahun 1999 sehingga 2004.

“Kita sedia maklum bahawa PAS ini wujud sejak tahu 1951 lagi, kita sudah kenal antara masyarakat Cina dengan perjuangan Islam sudah lama. Kita kenal pas ini bukan sebulan, dua bulan. Sudah lama. Bertahun-tahun.

“Saya pun di kawasan (DUN) Paka ada Kampong Cina Batu 5. Ada masyarakat Cina di kawasan Kuala Paka………..setakat ini kita tidak ada permasalahan kaum.

“sewaktu PAS memerintah tak ada rasa diskrminasi antara rakyat Terengganu,”ujarnya pada Majlis yang sama.

Justeru itu, beliau mangajak orang-orang Tionghua untuk meneruskan momentum perubahan dan melanjutkan perubahan yang telah dibuat pada pilihan raya umum yang lalu.

“Dan pada PRU yang lalu, masyarakat Cina, India, Melayu telah membuat perubahan tetapi lonjakan itu belum tinggi……..kita menang Terengganu, 15 dun pembangkang 17 BN.

“Kita harap terus bagi sokongan kepada PAS dan pembangkang. Saya harap saudara, saudari akan terus memberi sokongan kepada PAS dalam PRU sekali lagi untuk kita akan tumbangkan BN,”jelasnya

Sementara itu Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS Dr.Bala Chandran mengajak rang ramai menjadikan pejabat gabungan diantara DHPP dengan pejabat Parlimen PAS Kuala Terengganu sebagai pejabat ‘kita bersama’.

“kita bersama-sama warga Cina, India, warga Melayu warga Terengganu bagi mewujudkan satu negeri, Negara yang harmoni dan sejahtera. I

“tu yang kita perlu bagi sokongan pada Parti Islam Semalaysia. Islam merupakan ugama rasmi negara kita, kita perlu memahami ugama itu,”ujarnya.

Ia adalah penting, kata beliau, untuk dijadikan panduan bagi mengembleng nilai-nilai murni kita sebagai Hindu, Buddha, Kristian bagi mewujudkan Negara sejahtera.https://youtu.be/OLBIcTETWSI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️