NegeriTerengganu

Orang Ramai, Pengunjung Digesa Bersama Tingkatkan Kebersihan

KUALA TERENGGANU – Orang ramai dan para pengunjung ke kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar khususnya di persekitaran Losong dan Muzium negeri diminta bekerjasama menjaga kebersiahan bagi mengawal wabak denggi dai terus merebak di kawasan itu.

Pengarah PAS DUN tersebut Ustaz Ahmad Shah Bin Muhamed berkata kemungkinan besar kes denggi yang sedang menular sekarang adalah disebabkan sikap orang ramai yang tidak mementingkn kebersihan.

“kita harap orang ramai, penduduk dan juga pengunjung kawasan keropok Losong dan Muzium Negeri Terengganu dapat bersama-sama menjaga kebersihan,

“tidak membuang bekas-bekas plastic dan sampah merata-rata supaya wabak denggi yang melanda dapat dibendung segera,”ujarnya selepas bersama-sama turun bergotong royong semalam, Jumaat 15 Januari, disini.

Sehubungan itu, Ketua Pemuda PAS DUN Bandar Khairuddin Ahmad mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program tersebut.

Katanya, seramai hampir 50 orang Pemuda dan Unit Amal PAS DUN Bandar bersama-sama masyarakat berjaya menyumbangkan usaha membersihakan kawasan terbabit.

“alhamdulillah program berjaya dilaksanakan………berjaya membersihkan dan mengutip tin-tin kosong, botol-botol plastik yang menjadi tempat tembiakan aedes,

“selain dari Losong Haji Su, kawasan yang berjaya dibersihkan adalah sebahagian kampung Losong Haji Mamat, Kuala Hiliran dan kampung Hiliran Jejawi,”jelasnya.

Beliau menggesa pihak berkuasa terutamanya Majlis Perbandaran Kuala Terengganu (MBKT) dan pihak berkuasa lain supaya megambil tindakan segera membetulkan aliran longkang dan menimbus kawasan-kawasan air bertakung.

“terlalu banyak tempat berlakunya air bertakung……..longkang yang yang tidak mengalirkan air dengan baik, yang mungkin menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes,

“saya pohon pihak berkuasa ambil tindakan segera,”ujarnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️