NegeriTerengganu

Presiden PBSNT; Pemimpin Umno Tidak Layak

KUALA TERENGGANU – Bekas pemain pasukan bola sepak negeri Terengganu mengkritik pemilihan Setiausaha Politik Menteri Besar Negeri Terengganu, Dato’ Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) yang baru.

Wan Ahmad Ridwan Wan Hussin berkata, Wan Ahmad Nizam [Gambar kiri] tidak layak untuk memimpin persatuan sukan nombor satu itu, kerana beliau adalah mempunyai kecenderungan politik selaku pemimpin Umno.

“pemimin Umno memang tidak layak sebab mereka bukannya pandai mencari duit (menguruskan) PBSNT, (seorang) Presiden PBSNT mestilah orang yang amanah dan menjiwai serta sayangkan seni bola sepak iti sendiri,

“sifat ini tidak ada pada orang itu (Wan Ahmad Nizam),”tegasnya.

Beliau yang pernah menyarung ‘jersey’ pasukan bola sepak Terengganu seangkatan dengan Ahmad Paijan, Dolah Salleh, Zainal Abdidin Hassan dan Raimi Jamil, menyifatkan pelantikan Presiden yang baru itu hanya mengejar ‘glamour’ dan menghabiskan peruntukan kewangan kerajaan negeri.

Sehubungan itu, beliau menyeru supaya pihak berkuasa supaya memerangi gejala rasuah habis-habisan, samada jenayah rasuah yang berlaku di pejabat-pejabat pentadbiran, di pentas politik atau pun di padang bola.

“(saya) sempat main (mewakili Terengganu) sekali dengan Ahmad Paijan Singapura………masa itu Dolah Salleh dan Zainal Abidin main lagi………termasuk ‘Star’ (bintang Terengganu……..Riping (Ariffin),

“(kemudian rosak apabila) mula-mula isu rasuah bola sepak pecah…….pecah kes ‘bookie Singapura (masa itu) dan FAM boikot Singapura,”ujarnya ketika ditemui.

Menurutnya, wabak penyakit rasuah yang sudah membarah dalam semua sudut kehidupan di negara ini tidak boleh dihapuskan kecuali pemimpin negara melaksanakan Islam secara syumul, dalam kehidupan peribadi, keluarga dan negara.

Dalam perkembangan yang sama, beliau yang juga anggota Jabatan Seni, Kebudayaan dan Sukan Dewan Pemuda PAS Terengganu mengalu-alukan perjumpaan bekas-bekas pemain bola sepak negeri Terengganu dengan pemimpin PAS.

Menurutnya, perjumpaan bersama ADUN Batu Burok dan Ahli Parlimen Kuala Terengganu sempena hari raya Eidul Fitri baru-baru ini telah diadakan di rumah ADUN YBM Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi. [Gambar atas]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️