Pakatan Rakyat Terengganu Menang 15 Kerusi Dun, 4 Parlimen
Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengumumkan keputusan tersebut diRusila pada kira-kira jam 10.40 malam, Ahad 5 Mei.
[Gambar – kelima-lima calon Pakatan rakyat yang menang di Kuala Terengganu]
Kerusi-kerusi Dun yang dimenangi PAS adalah seperti berikut;1. N09 – Tepuh; Ustaz Hishamuddin Bin Abdul Karim2. N10 – Teluk Pasu; Ustaz Ridzuan Bin Hashim3. N12 – Bukit Tunggal; Dr Alias Bin Arazak4. N13 – Wakaf Mempelam; Haji Mohd Abdul Wahid Bin Haji Endut5. N14 – Bandar; Azan Ismail (PKR)6. N15 – Ladang ; Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar7. N16 – Batu Buruk; Dr Syed Azman Bin Syed Ahmad Nawawi8. N17 – Alur Limbat; Ustaz Ariffin Bin Deraman9. N18 – Bukit Payung; Ustaz Mohd Nor Bin Hamzah10. N19 – Ru Rendang ; Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Bin Haji Awang11. N22 – Manir; Ustaz Hilmi Bin Harun12. N27 – Sura; Wan Hapandi Bin Wan Nik13. N28 – Paka; Ustaz Satiful Bahri Bin Mamat14. N29 – Rantau Abang ; Cikgu Alias Harun15. N31 – Cukai; Haji Hanafiah Bin Mat
Manakala kerusi Parlimen yang dimenagi PAS adalah;
1. P.35 – Kuala Nerus ; Ustaz Dr Mohd Khairuddin Bin Aman Razali At-Takiri2. P.36 – Kuala Terengganu; Raja Dato’ Kamarul Bahrin Shah Bin Raja Ahmad3.P.37 – Marang ; Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Bin Haji Awang4. P.39 Dungun; Ustaz Wan Hassan Bin Mohd Ramli
Bagi Dun Tepoh, Ust Hishamuddin menang dengan majoriti 229 undi, Dun Teluk Pasu Ustaz Ridzuan Hashim menang dengan majoriti 109 undi, Dun Bukit Tunggal Dr Alias Razak dengan majoriti 652 undi, dan Parlimen Kuala Nerus PAS Dr Khairuddin at-Takiri menang dengan majoriti 641 undi.
Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengekalkan kerusi Parlimen Marang dengan majoriti 5,124 undi apabila beliau memperoleh 42,984 undi manakala pencabarnya dari BN menerima 37,860 undi.