PAS Akan Bertanding 7 dari 8 Kerusi Parlimen di Terengganu
Pesuruhjayanya, YB Haji Mohd Abdul Wahid Endut berkata, majlis perisytiharan calon PAS bagi semua kerusi Dewan Undangan Negeri dan Parlimen akan dibuat pada 11 April ini.
“Oleh kerana dewan (parlimen) telah dibubarkan, kita (PAS) dalam mesyuarat tadi telah (membuat arahan) memastikan semua jentera kita digerakkan, dan kita ingin memaklumkan dala pilihanraya (umum ke-13) akan datang ini 40% calon-calon kita adalah terdiri dari muka-muka baru,
“dan saya juga ingin maklumkan setelah kita bincangkan dalam Pakatan Rakyat di negeri terengganu ini daripada 8 kerusi parlimen, 7 kerusi parlimen kita (PAS) akan bertanding,”ujarnya.
Belau berkata demikian dalam satu sidang media di Pejabat Perhubungan PAS Terengganu, Jalan Sultan Omar, dekat sini pada hari ini, Khamis 4 April.
Beliau berkata, sekiranya tidak ada aral melintang PAS Terengganu akan mengisytiharkan secara rasmi calon-calon yang akan bertanding di Dewan Tok Guru, Rusila pada Khamis 11 April, jam 9 malam.
……….[ Berita lanjut menysul]