NegeriTerengganu

Manifesto PAS Terengganu Penuhi Keperluan Hidup Rakyat

Menurut Setiausahanya, Dr. Ustaz Khairuddin Aman Razali at-Takiri, langkah Badaan Perhubungan PAS Terengganu menjanjikan tabung pinjaman perumahan untuk rakyat secara qardhul-hasan dan Skim pinjaman perumahan kakitangan kerajaan ditukar kepada qardhul-hasan, adalah tepat.

“kediaman merupakan keperluan haajiyat masyarakat, kerajaan yang adil dan berkebajikan yang menyediakan kemudahan kewangan (pinjaman) akan memudahkan laluan mendapat kediaman yang baik menerusi pembiyaan tanpa riba samada untuk masyarakat atau khusus untuk kakitangan awam,

“penglibatan rakyat dengan riba untuk mendapatkan keperluan haajiyat adalah sikap tidak bertanggungjawab kerajaan BN, tidak pedulikan keutamaan rakyat walaupun dianugerahkan dengan longgokan wang ehsan (yang banyak),”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menziarahi warga Tionghua di Taman Sri Manir, DUN Teluk Pasu, dekat sini pada hari ini Jumaat 22 Februari.

Selain itu, menurutnya, cadangan PAS Terengganu mewujudkan bandar lestari setiap daerah yang dihubungkan dengan lebuh raya adalah satu langkah yang bijak.

Sebagai sebuah negeri yang kaya dengan hasil petroleum sepatutnya sudah lama rakyat Terengganu menikmati menikmati kemudahan tersebut.

“antara nikmat yang diberi oleh Allah SWT kepada penduduk Saba’ ialah kewujudan bandar lestari sepanjang jalan sehingga ke negeri syam yang memudahkan para musafir samada peniaga atau orang awam singgah sementara dan juga menyebabkan perjalanan yang jauh menjadi pendek dengan kemudahan jalan yang ada,

“Terengganu sebagai negeri yang kaya sepatutnya sudah menikmati lebuh raya yang memendekkan perjalanan dan diwujudkan bandar-bandar dipertengahan ‘highway’ yang boleh berdaya maju disebabkan persinggahan musafir,”jelasnya

Dalam pada itu, beliau mengkritik dasar pemberian ‘one-off’ kerajaan Umno-BN yang katanya tidak membantu sifat kendiri masyarakat pada masa jangka panjang.

Beliau berkata, dalam perancangan ekonomi yang baik bagi sesebuah kerajaan ia sewajarnya dimanfaatkan dalam bentuk tabung bagi menyelesaikan keperluan hidup pada masa depan yang semakin meningkat.

Namun begitu, katanya, oleh kerana ia dari sumber cukai yang dikutip dari rakyat dan bukannya wang dari ‘kantung’ Umno-BN, semua golongan berhak menerima dan mengambil wang tersebut.

Turut sama dalam program ziarah tersebut adalah Ketua Dewan Pamuda PAS Kuala Nerus yang juga Timbalan Pengerusi MTD Teluk Pasu Ustaz Ridzuan Hashim.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️