NegeriTerengganu

PAS Terus Cakna dan ‘Berkebajikan’

DUNGUN– PAS sebagai sebuah Jamaah dan parti Islam yang berhasrat ‘Membangun Negara Berkebajikan’ di negeri dan negara ini, terus memberikan perhatian kepada mereka yang memerlukan kesempitan hidup dan bantuan.

Petang Isnin, 2 Julai lalu, di Kampung Alor Tembesu, Pengarah Majlis Tindakan DUN Sura, Haji Wan Hapandi Nik (Cikgu Pandi) telah mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura Ustaz wan Hassan Mohd Ramly, menyampaikan sumbangan kerusi roda kepada seorang pesakit kanser paru-paru.

Pesakit tersebut Abdul Rahman Daud, 70, telah dikesan menghidapi penyakit kronik itu sekitar awal tahun ini.

Beliau yang merupakan suami kepada pengusaha kedai makan di Kampung Batu 48, Muzah Sidek, mempunyai 10 orang anak.

“Terima kasih kepada pihak YB di atas kecaknaan, dengan sumbangan ini, insyaAllah akan memudahkan pergerakan saya,” ujar beliau ringkas.

http://dunsura.blogspot.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️