NegeriTerengganu

Umno parti ‘melampau’ tak ada kerja lain, hanya tahu cerita hal lucah……..

KUALA NERUS– Umno kini menjadi sebuah parti yang semakin ‘melampau’, hanya meletakkan kepentingan politik semata-mata tanpa menghiraukan agama dan maruah umat Islam.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permaisuri, Ustaz Rozali Muhammad berkata orang-orang agama di kalangan ahli Umno sudah tidak mampu menasihatkan pemimpin mereka.

“Umno (kini) semakin hari semakin ganas, dia (Umno) tidak kira apa maruah, dimana maruah, agama diletakkan ‘belakang’, apabila orang-orang agama (dalam Umno) tidak menasihatkan pemimpin-pemimpin mereka,

“(di)mana ulamak (suara) bercakap, dimana (suara) Mufti bercakap, tidak ada,”katanya mempersoalkan tindakan ahli-ahli Umno yang juga bekas pemimpin Umno mendedahkan video seks, sekaligus membuat tuduhan zina ke atas seorang pemimpin pembangkang, baru-baru ini.

Menurutnya, ia adalah bertentangan dengan ajaran Islam apabila seseorang menuduh orang lain berzina tanpa membawa empat orang saksi.

Katanya, orang yang menuduh demikian, sebagaimana disebut dalam kitab al-Quran, akan dihukum dengan 80 kali sebatan.

“Menuduh seseorang melakukan zina atau liwat, tanpa empat orang saksi, tuhan (Allah) berkata dalam al-Quran, orang itu kena ‘katok bedal’ dengan 80 (kali) rotan,”jelasnya ketika menyampaikan ceramah di Seberang Takir, Isnin, 4 April.

Menurut Ustaz Rozali yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Setiu, Umno sudah tidak ada modal politik dan hanya membawa isu-isu lucah ‘hal punggung’ dan ‘hal liwat’ .

Ia adalah bertujuan, katanya, untuk menyekat pemimpin Pakatan Rakyat merancang dan meneruskan usaha, untuk mentadbir dan mengurus negara, sekiraya diberi mandat dalam pilihanraya umum akan datang.

“(Umno) tak ada kerja lain…cerita hal punggung….hal punggung….hal liwat ni…cerita apa ni? Supaya orang tak boleh bak merancang, nak memikir, bagaimana nak tadbir negara ini kalau (Pakatan) menang,”tegasnya.

http://www.youtube.com/watch?v=W8m2ce6ci4A&feature=channel_video_title

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️