Presiden PAS lancar Van Pusat Khidmat Parlimen Marang
MARANG– Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang juga Ahli Parlimen Marang melancarkan Van Pusat Khidmat Ahli Parlimen Marang pada kira-kira jam 10.30 pagi, selepas kuliah mingguannya di hadapan masjid Rusila disini, Jumaat 1 April.
Sempena pelancaran tersebut, Yang DiPertua PAS Marang, Haji Yahya Ali berharap ia akan dapat meningkatkan perjalanan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Marang dalam memberikan khidmat sosial dan kebajikan kepada seluruh pengundi dan rakyat di daeah Marang khususnya.
Menurutnya, ia juga adalah satu usaha PAS dalam rangka gagasan ‘PAS Ganti Umno’ menjelang pilihanraya Umum yang akan datang.
Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Setiausaha PAS Kawasan Marang, Cikgu Hassan Jusoh.
Berita lanjut menyusul……