Rumah PPRT jadi kandang lembu?
Penyelewengan Rumah PPRT Siri 3 – BESUT– Sebuah rumah PPRT di Kampung Gong Kemutong, Jertih dekat sini, didapati terbiar usang selama lebih tiga tahun tanpa penghuninya.
Seorang penduduk, Mohd Sabri (bukan nama sebenar) berkata rumah PPRT tersebut telah lama siap tanpa penghuninya.
Katanya, pemilik rumah PPRT itu dipercayai mempunyai pertalian keluarga dengan pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan pemimpin Umno setempat.
“Saya pun rasa pelik, rumah (PPRT) siap lama ‘doh’ (sudah) tetapi tuan (pemilik) rumah tidak duduk (tinggal) di rumah ini.
“Orang (rakyat) yang benar-benar hendak rumah memohon berkali-kali tidak pula diberi oleh kerajaan negeri,” ujarnya
Menurut beliau, rumah berkenaan terbiar lama dan boleh jadi rosak jika tidak ada pemilik yang mendudukinya.
Manakala, di Kampung Nyior Tujuh, Jertih juga sebuah rumah PPRT yang telah siap sejak hampir empat tahun lalu juga tidak diduduki pemiliknya.
Malah, rumah PPRT tersebut dipenuhi semak-samun yang bersebelahan dengan sebuah tapak bengkel yang dijadikan kandang lembu.
Mohd Zulkifli Kadir menyifatkan itu sebagai suatu pembaziran yang dilakukan oleh pemimpin Umno setempat yang menyalahgunakan peruntukkan kerajaan.
Katanya, pihak JKKK dan Umno setempat sengaja mengambil peluang membina rumah-rumah PPRT itu untuk kepentingan diri dan keluarga.
“Jika kita selidiki, banyak rumah-rumah PPRT yang dibina itu ada kaitan dengan pihak JKKK dan Umno cawangan (setempat). Mereka guna peruntukkan itu untuk bina rumah PPRT.
“Rakyat yang perlu kepada rumah tidak dilayan dan hanya diutamakan kepada ahli dan penyokong Umno-BN sahaja,” ujarnya.
Menurutnya, berlaku pilih “bulu” kepada peserta PPRT yang hanya diberi keutamaan kepada pengikut Umno-BN.
Katanya, masalah birokrasi tersebut hanya boleh diselesaikan apabila agenda “PAS Ganti Umno” menjadi kenyataan dan rakyat membuat perubahan dalam pilihan raya ke-13.
Baca siri penyelwengan rumah PPRT oleh Umno/BN;
Penyelewengan rumah PPRT siri 2 – Rumah PPRT jadi rumah sewaPenyelewengan rumah PPRT siri 1 – Rumah PPRT jadi pondok jaga kambing