Runtuh lagi! Rekod Terbaru Kerajaan Terengganu
– sebahagian projek sakit, runtuh dalam masa tiga bulanKUALA TERENGGANU– Sebuah laman blog mendedahkan kejadian runtuh terbaru yang menjadikan negeri Terengganu dibawah pemerintahan Umno.BN mencatatkan rekod terkini sebagai ‘binaan paling cepat runtuh’ dinegeri Terengganu.
Sederetan pondok rehat di kawasan landskap jeti bot penambang berhampiran Pasar Besar Kedai Payang telah runtuh pada 9 Januari lalu, dalam waktu belum pun sampai tiga bulan ia disiapkan (Gambar dariwarkahdaily.blogspot.com).
Pondok tersebut adalah sebahagian daripada Projek Peningkatan Kemudahan Pelancongan ke Bazar Keraf Kedai Payang Kuala Terengganu.
Kejadian binaan runtuh dinegeri Terengganu yang seolah-olah berlaku secara berturutan selepas kejadian runtuhnya bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada 2 Jun, 2008.Keseluruhan bumbung ‘grand-stand’ stadium tersebut runtuh sebaik ia menjangkau tempoh setahun disiapkan.
Berikut disenaraikan Projek Rosak dan Runtuh di Terengganu sejak tahun 2008;
1. Dewan Saidina Abu Bakar SMK Wakaf Tapai, MarangTarikh : 12 April 2008Harga : RM 2 juta
2. Bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak.Tarikh : 2 Jun 2008Harga : RM292 jutaPunca : “Semua buat silap” – Ahmad Said
3. Kolam Renang batu Burok BocorTarikh : 5 Jun 2008Harga : RM 18 juta
4. Siling Bumbung Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) TanggalTarikh : 29 Jun, 2008Harga : (Terminal ) RM123 juta
5. Pusat Latihan Antarabangsa (ITC), KemamanMaklumat – Runtuh sebahagian balkoni di tingkat lapan.Tarikh : 15 Mac 2009
6. Menara komunikasi jalur lebar di Kampung Chegar Batang, Besut.Maklumat – Tumbang.Tarikh : 6 Ogos 2009.Harga : RM15 juta
7. Bumbung Masjid Kampung Batu Putih, Kerteh, KemamanTarikh : 3 Oktober 2009Harga : RM 2.1 Juta
8. Bumbung Kaca Terminal Bas Kuala BerangTarikh : 21 Disember 2009Harga : sekitar RM700,000 (RM4.2 juta kos keseluruhan projek)Pemaju : Gemilang Mega Sdn BhdPunca : Tiada pemantauan semasa
9. Bangunan Institut Oseanografi dan Institut Akuakultur Tropika Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Kuala TerengganuMaklumat – Runtuh sebahagian semasa dalam pembinaan.Tarikh : 29 Mac 2010.
Lain-lain Senarai Rosak atau Bocor______________________________
1. Bazaar Warisan
2. Masjid KristalTarikh : 22 November, 2008
3. Masji Kg LingaiTarikh : 4 November 2009Harga : RM3 juta
4. Masjid An Naim Dungun
5. Binjai Souq