NegeriTerengganu

115 lembu dan seekor kerbau diqurbankan di Dun Chukai

KEMAMAN:Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Chukai berjaya menganjurkan ibadah qurban sempena Hari Raya Aidiladha hingga mencecah 115 ekor qurban.

Pengerusinya, Hanafiah Mat berkata hampir seluruh cawangan-cawangan PAS di Dewan Undangan Negeri (Dun) Chukai mengadakan ibadah qurban masing-masing.

Katanya, sejumlah 21 cawangan PAS di Dun Chukai dapat mengadakan qurban aidiladha pada tahun ini di tempat masing-masing.

β€œKita (PAS) berjaya menyempurnakan ibadah qurban untuk Dun Chukai ini sebanyak 115 ekor lembu dan kerbau pada hari raya pertama dan kedua.

β€œTahun 2009, hanya 64 ekor sahaja dan tahun ini lebih banyak hingga mencecah 115 ekor dibuat di seluruh cawangan PAS dalam Dun Chukai,” ujarnya.

Menurutnya, daging-daging qurban tersebut diagih-agihkan kepada rakyat terutama golongan fakir miskin, ibu tunggal dan anak yatim.

Katanya, setiap tahun program tersebut dilaksanakan bagi mendekatkan PAS dengan masyarakat di kampung-kampung.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

πŸ“± πŸ“˜ 🐦 ✈️