Home Berita PAS Sabah

200 Mangsa kebakaran besar Kg Jati dapat perhatian PAS Tawau

64
SHARE

TAWAU 16 Nov – 200 mangsa kebakaran rumah di Kampung Jati , Batu 5 yang berlaku pada 27 Oktober lalu mendapat perhatian PAS Kawasan Tawau .

PAS Tawau diwakili Timbalan Ydp menyampaikan bakul makanan berisi barang keperluan asas iaitu beras , minyak , gula dan beberapa barang keperluan lain kepada 50 orang wakil Ketua Isi Rumah untuk meringankan beban yang ditanggung para mangsa akibat kebakaran tersebut.

Timbalan Ydp , Amboase Ramano berkata kebajikan mangsa kebakaran itu akan diambil perhatian dan usaha menyalurkan bantuan lain akan menyusul.

“ Ini adalah kali kedua PAS Tawau menghantar bantuan dan mudah-mudahan dapat meringankan sedikit beban yang terbuku di hati.

“Semoga kesabaran ibu-ibu ayah-ayah Allah ganti dengan sesuatu yang lebih baik lagi”. Katanya semasa memberi ucapan.

Dalam pada itu, wakil kepada mangsa kebakaran yang ditemui, Laila , Ketua Wanita Kg Batu 5 menzahirkan terima kasih atas sumbangan yang diberikan.

Kebakaran pada 27 Oktober lepas itu mengakibatkan seorang kanak-kanak lelaki berumur 5 tahun rentung manakala sebanyak 38 buah rumah membabitkan 200 mangsa tinggal sehelai sepinggang selain tiga kenderaan serta motosikal turut musnah.