Home Berita PAS Terengganu

200 Bekas gulai kawah diagih hidupkan Ramadan

14
SHARE

BESUT – Sebanyak 200 bekas gulai kawah telah diagihkan kepada penduduk Kampung Lay Out Tok Has sempena Ramadan ini bagi menghidupkan bulan yang penuh keberkatan itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut, Azbi Salleh berkata, selain mengambil semangat bulan tersebut ia juga bagi meneruskan tradisi mengagihkan lauk pauk atau juadah berbuka puasa ke setiap rumah penduduk bagi mengeratkan silaturrahim.

Ujarnya, program tersebut dijalankan oleh pihaknya dengan kerjasana Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Lay Out Tok Has.

“Bulan Ramadan adalah waktu yang tepat untuk kita saling membantu dan berkongsi rezeki.

“Dengan agihan gulai kawah ini, saya berharap setiap penduduk dapat merasai nikmat berbuka puasa bersama keluarga. Semoga kita semua diberkati dan dipermudahkan dalam menjalani ibadah puasa,” katanya ketika ditemui pihak Urus Setia Penerangan Darul Iman, ketika hadir program berkenaan, di sini semalam.

Mengulas lebih lanjut, beliau berkata gulai kawah yang lazat dan berkualiti itu dapat disediakan melalui kerjasama dengan sukarelawan kampung

“Setiap bekas gulai kawah yang diagihkan telah disediakan dengan penuh kasih sayang dan perhatian, memastikan ia sesuai untuk dinikmati oleh semua penduduk.

“Penduduk kampung meluahkan rasa syukur  atas inisiatif yang sangat bermakna ini. Mereka berharap agar lebih banyak program seumpama ini dapat diadakan pada masa akan datang, terutamanya dalam bulan Ramadan yang penuh dengan keberkatan ini,”jelasnya.

Menurutnya, program berkenaan berkahir dengan suasana penuh ceria dengan penduduk ketika ditemui saling bertukar cerita dan pengalaman juga berkongsi pandangan dan memberikan cadangan untuk diadakan aktiviti-aktiviti seterusnya demi kebaiki bersama.

“Inisiatif ini jelas menunjukkan komitmen pihak kita dalam memastikan kesejahteraan dan kehamorniaan masyarakat kampung dalam dikekalkan serta dipereratkan dalam bulan yang penuh bermakna ini,”ujar beliau.