Home Uncategorized

2 laptop dan 5 telefon pintar kepada pelajar dan mahasiswa asnaf Jerlun

269
SHARE

JERLUN, 20 Februari 2021 – Dewan Pemuda PAS Kawasan Jerlun (DPPKJ) bersama NGO Jerlun Care meneruskan aktiviti menyantuni mahasiswa dan pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan dalam Parlimen Jerlun dengan menyumbang laptop dan “mobile phone” kepada mahasiswa dan pelajar yang kurang berkemampuan.

Program sumbangan ini merupakan usahasama antara NGO Jerlun Care bersama DPPKJ. Sumbangan ini digerakkan bagi membantu pelajar dan mahasiswa dalam parlimen Jerlun ini yang mengalami masalah pembelajaran online di rumah akibat tiada gajet.

Hasil sumbangan daripada orang ramai, alhamdulillah sumbangan kali dapat diadakan yang memberi manfaat kepada tujuh orang pelajar yang mana dua orang daripada mereka menerima sumbangan laptop manakala lima orang lagi menerima telefon bimbit.

“Walaupun pihak Kementerian Pendidikan telah mengumumkan tarikh pembukaan sekolah, diharap sumbangan ini dapat dimanfaatkan untuk mengikuti pengajian secara online dengan baki hari yang ada ini, selain itu dimanfaatkan untuk membantu mak ayah dalam menambah pendapatan melalui perniagaan secara online.

Semoga usaha murni ini dapat membantu pelajar yang kurang berkemampuan agar tidak tercicir dari arus pembelajaran secara digital dan dalam masa yang sama membantu pendapatan keluarga dalam tempoh mencabar ini berikutan pandemik COVID-19″ ujar Abdul Hadi Omar Ketua Pemuda PAS Kawasan Jerlun.

Orang ramai yang ingin menyumbang bolehlah menyalurkan sumbangan ke akaun:

MAYBANK
552068512164
Pertubuhan Penyayang Jerlun (Jerlun Care

Sumbangan anda amat kami hargai!