Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor
Oleh : Muhammad Alauddin
HULU YAM, 15 Ogos – Hari ini saudara Aizat Mirza Ketua Pemuda PAS Cawangan Taman Desa Kaloi, Hulu Yam telah menghulurkan bantuan cakna COVID kepada 2 keluarga yang sedang kuarantin.
Dikhabarkan daripada pemuda, 2 keluarga tersebut adalah daripada pimpinan PAS kita iaitu Tuan Haji Hamdan Ketua Cawangan Taman Desa Kaloi dan Tuan Khasbullah Bendahari PAS Cawangan Taman Desa Kaloi. Kini masih dalam tempoh kuarantin di kediaman mereka.
Rasa sayu apabila mendengar berita tersebut. Alhamduliilah Pemuda PAS Taman Desa Kaloi terus memberikan bantuan cakna COVID kepada pimpinan kita. Semoga Allah SWT memberikan kesembuhan kepada keluarga pimpinan kita.
Kita hendaklah sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan dan menjaga kesihatan. Jika tidak sihat, terus hubungi pihak KKM yang terdekat untuk mendapatkan rawatan.
Seterusnya, Kita hendaklah pastikan saling mengingati satu sama lain untuk bersama bersatu untuk mencegah wabak ini yang semakin merebak dengan varian yang bahaya. Kita berdoa kepada Allah SWT agar wabak ini diangkat dengan segera dan dijauhi penyakit yang berbahaya.
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor