Home Berita PAS Selangor

SUKAN | Mohd Azhad Fakhrullah Pemain Terbaik 2019

697
SHARE

Laporan Oleh : Shahril Rizal Saidon

Kota Bharu, 24 Ogos – Mohd Azhad Fakhrullah Mohd azlan di pilih sebagai pemain terbaik bolasepak bagi siri ke 2 Kejohanan Sukan Sriti Kebangsaan disini.

Mohd Azhad yang sememangnya berpotensi dan berbakat dalam sukan bolasepak mencuri perhatian ramai dengan kelincahannya memintas pemain lain.

Mohd Azhad telah menyumbang beberapa gol dalam kejohanan kali ini dan turut menjadi penjaring gol dalam perlawanan akhir tadi walaupun diturunkan pada separuh masa yang ke dua.

Walaupun mengalami sedikit kecederaan pada pertemuan peringkat kumpulan, Beliau terus diberikan sokongan oleh bapanya Mohd Azlan Omar yang juga jurulatih bagi pasukan Selangor.

Selangor mengumpul 14 jaringan tanpa bolos dari pertemuan pertama peringkat kumpulan sehingga perlawanan akhir yang berjaya menewaskan Perlis dengan 2 gol tanpa balas.