Home Rencana PAS Selangor

18 Tahun Layari bahtera perjuangan bersama UKJ Gombak Setia – Naib KP PAS Selangor

70
SHARE

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Muhammad Fadzli Abu Bakar
Naib Ketua Pemuda PAS Selangor

Alhamdulillah, malam tadi selesai mesyuarat tahunan Unit Kerja Jamaah (UKJ) DUN Gombak secara hybrid bersama seluruh Pemuda PAS DUN Gombak Setia. Walaupun mesyuarat ini tiada dalam Perlembagaan PAS, tetapi kami laksanakan juga sebagai medan muhasabah tahunan kami bagi gerak kerja Pemuda PAS di peringkat DUN dan ianya tidaklah menjadi satu kesalahan untuk dilaksanakan malah digalakkan kerana ia boleh memperkuatkan lagi Pemuda PAS di kawasan tersebut.

Seronok melihat soff pelapis menguruskan perjalanan gerak kerja UKJ Gombak Setia dengan baik. Masih ramai yang mengambil tanggung jawab meneruskan mata rantai perjuangan ini. Apabila umur sudah sampai ke angka 40an, maka sudah tiba masanya untuk serahkan baton UKJ kepada mereka yang masih di bawah umur kepemudaan.

Mengimbau kembali mula-mula terlibat dengan UKJ Gombak Setia pada tahun 2004 sejurus selepas grad daripada kampus. Pelbagai taklifan diberikan sepanjang menguruskan UKJ Gombak Setia ini bersama sahabat-sahabat seperjuangan dengan taklifan terakhir sebagai Timbalan Ketua dan Bendahari. Satu pengalaman indah yang tak mungkin dapat diulang kembali kerana faktor umur. Pada umur pemuda kita boleh buat pelbagai perkara kerana kita masih kuat dan segar.

Kepada yang masih muda, manfaatkanlah umur mudamu. Jangan tua sebelum sampai waktunya. Ambillah peluang dikala umurmu masih muda. Dikala tenagamu masih kuat dan ideamu masih segar.
InsyaAllah kita bertemu lagi di medan petua pula.

“Doakan kami istiqomah”

28 September 2021 | 21 Safar 1443H

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor