Home Berita PAS Kelantan

148 pelajar terima bantuan kerajaan negeri

63
SHARE

Oleh SUHAIZI KADIR

KUALA KRAI, 3 Okt: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mengkebang, YB Muhammad Mat Sulaiman menyampaikan bantuan pendidikan Kerajaan Negeri Kelantan kepada 148 pelajar yang akan melanjutkan pengajian ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) bertempat di Dewan Tuan Guru Haji Abdul Rahman, Pusat Tarbiah Islamiah Kuala Krai, semalam.

Menurut YB Muhammad, sumbangan ini adalah sebagai penghargaan dan suntikan semangat kepada para pelajar yang akan berangkat melanjutkan pengajian sama ada ke IPTA atau IPTS pada masa terdekat ini.