Home Berita PAS Terengganu

1,438 Mangsa banjir masih di PPS

94
SHARE

KUALA TERENGGANU – Seramai 1,438 mangsa banjir daripada 385 keluarga masih berada Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di seluruh negeri ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Terenganu berkata jumlah mangsa tersebut daripada empat daerah di negeri ini.

Katanya, sebanyak 12 PPS yang masih diaktifkan bagi menempatkan mangsa manakala Kemaman, Setiu, Dungun dan Hulu Terengganu pula telah pulih sepenuhnya semalam.

“Kuala Nerus merekodkan jumlah tertinggi iaitu seramai 1,090 mangsa daripada 312 keluarga yang masih berada di empat PPS.

“Manakala di Besut mencatatkan seramai 183 mangsa daripada 51 keluarga yang ditempatkan di lima PPS ,” menurutnya dalam satu kenyataan media pada hari ini.

Tambahnya, Marang dan Kuala Terengganu pula menempatkan seramai 76 dan 86 penghuni yang masih tinggal di tiga PPS di daerah berkenaan.

“Secara keseluruhan hujan telah berhenti dan cuaca di kebanyakan tempat di Terengganu kini mendung,” jelasnya.