Home Berita PAS Terengganu

14,000 anak PASTI kembali ke sekolah

127
SHARE

KUALA TERENGGANU – Lebih 14,000 pelajar Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) di negeri Terengganu kembali ke dunia pembelajaran bermula pada 2 Januari.

Pengarah PASTI Terengganu, Cikgu Syamri Razak berkata, anak-anak pra-sekolah itu kembali menjala rutin harian, selepas bercuti akhir tahun selama tiga minggu.

“Selamat bertugas buat semua guru-guru di premis PASTI masing-masing, diharapkan penuh semangat melaksanakan peranan dan tugasan yang dipikul,” ujarnya ketika dihubungi hari ini.

Menurut beliau, sebanyak 257 buah PASTI dibuka untuk beroperasi dan seramai 1300 orang tenaga tenga pengajar yang berkhidmat di negeri ini.

Dalam pada itu, beliau turut membuat lawatan ke beberapa premis PASTI di negeri ini untuk memantau suasana persekolahan.


“menzahirkan keprihatinan dengan bertanya khabar para pelajar dan guru serta mendoakan agar pelajar PASTI berjaya dalam pelajaran.

“saya melihat telatah anak-anak PASTI yang begitu ceria dan bersemangat untuk hadir ke sekolah,” ujarnya.

Oleh itu, beliau menegaskan agar, seluruh warga institusi pendidikan awal sekolah PAS itu berwaspada kerana pandemik Covid-19 masih belum berakhir.

“Sentiasa patuhi SOP yang telah ditetapkan. Kesihatan warga PASTI haruslah dititik beratkan agar kita dapat meneruskan pembelajaran secara bersemuka.

“Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan dalam mendidik anak anak PASTI, seterusnya dilindungi keselamatan dan diganjari pahala oleh-Nya,” tambah beliau.