Home Berita PAS Sabah

130 orang murid PASTI Kinabatangan sertai lawatan sambil belajar

25
SHARE


27 November 2023
Nurfatiha Mohamad

KINABATANGAN: Empat buah PASTI Kinabatangan yang terdiri dari PASTI Darul Anuar, PASTI Darul Barakah, PASTI Darul Itqan dan PASTI Darul Ulum telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Balai Bomba & Penyelamat Kinabatangan pada pagi tadi.

Lawatan ini telah disertai seramai 130 orang murid PASTI yang berusia 4, 5 & 6 Tahun dan 70 orang ibu bapa serta guru pengiring.

Tujuan lawatan ini untuk menambah pengetahuan murid mengenai langkah-langkah keselamatan yang diambil semasa berlakunya kebakaran seterusnya memberi pengalaman yang baharu dan bermakna kepada murid-murid.

Usai sahaja ceramah ringkas mengenai pencegahan dan keselamatan kebakaran disampaikan oleh petugas Bomba, beberapa aktiviti seperti latihan memadam api, menaiki jentera dan bermain air telah diadakan.

Sesi penyampaian cenderahati kepada petugas Bomba sebagai tanda penghargaan atas kerjasama dan komitmen yang diberi telah disampaikan oleh Pengerusi PASTI Kawasan Kinabatangan, Jumaidin Lakalla bersama guru-guruĀ pengiring.