Home Berita PAS Terengganu

126 Keluarga di tempat di sepuluh PPS di Dungun

12
SHARE

DUNGUN– Seramai 126 keluarga telah berpindah ke sepuluh Pusat Pemindahan Sementara(PPS) di Dungun yang melibatkan 569 orang mangsa banjir.

Pengerusi Khidmat Pengurusan Kecemasan & Bencana (KHIDMAT) Malaysia, Dungun, Khairul Ismail berkata tempat yang banyak terlibat di DUN Rantau Abang, ini berikutan hujan yang lebat dan berlakunya air pasang besar yang berlaku pada Jumaat, 15 Disember pada jam 4.00 petang,PPS mula dibuka pada semalam bermula 9.00 malam sehingga 11.00 malam.

“Kami di KHIDMAT telah membuka bilik gerakan KHIDMAT Kawasan Dungun yang bertugas 24 jam dimana ‘frontliner’ Jabatan Amal dengan 40 ahli yang aktif bersama PADAT(Pacuan empat roda),

“Sembilan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di Daerah Dungun iaitu Sekolah Kebangsaan(SK) Tebing Tembah, Balairaya Kampung Pelandang, Dewan Sivik Paka, SK Kampung Nyior, SK Balai Besar, SK Tok Kah, Dewan Sivik Seberang Pintasan, Dewan Majlis Sukan Negara(MSN), SK Kuala Abang dan SK Pusat, ” katanya.

Beliau berkata demikian ketika di temui di Bilik Gerakan KHIDMAT bertempat di pejabat PAS Kawasan Dungun di sini petang tadi.

Katanya, pihaknya juga terlibat dalam membantu agensi-agensi kerajaan memotong dan membersihkan pokok – pokok tumbang.

“Kami juga mengenal pasti lokasi yang berlaku banjir ialah ‘hotpots’ yang sering terjadi ‘ait termenung’,

” “Bila kita lihat kawasan-kawasan di bahagian Hulu, seperti Pasir Raja dan Jerangau, keadaan sungai tidak sampai ke paras bahaya lagi,

” jika hari ini tidak berlakunya dan cuaca panas, air akan mula surut dan mangsa-mangsa banjir boleh kembali ke rumah,

” Namun begitu kami tetap dalam situasi berjaga – jaga sekiranya berlakunya fenomena air pasang besar, dan air akan naik, jadi dalam keadaan bersiap sedia untuk melakukan kerahan dan bilik operasi DUN-DUN telah diarahkan untuk bersedia untuk berhadapan dengan sebarang kemungkinan, “katanya.

Beliau turut menasihati orang ramai supaya sentiasa berjaga – jaga serta mendapat perkembangan terkini hujan, paras air sungai dan keadaan sekitar.

” Bila mana diarahkan oleh pihak berkuasa untuk berpindah ke PPS maka bersegeralah untuk berpindah untuk mengelakkan hal yang tidak diingini berlaku,” jelasnya.

Dalam pada itu, Yang Dipertua PAS Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli, berharap supaya semua penduduk di Daerah Dungun mengambil langkah berjaga – jaga memandangkan hujan masih turun.

“Saya mengharapkan mereka sabar dan tabah dalam menghadapi ujian ini. Insya-Allah kami akan terus menghantar bantuan segera kepada rakyat yang terkesan.” katanya.